Home Semasa Dari Kementerian Kewangan, Dr Yusuf kini peneraju MAMPU

Dari Kementerian Kewangan, Dr Yusuf kini peneraju MAMPU

by Nurulhuda

PUTRAJAYA, 22 Apr – Datuk Dr Yusuf Ismail dilantik sebagai Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) berkuatkuasa hari ini.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki dalam kenyataannya berkata, Dr Yusuf (58) mempunyai pengalaman yang luas dalam pelbagai bidang termasuk kewangan, pelaburan strategik dan ekonomi.

“Beliau pernah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 32 tahun dengan menjawat jawatan yang pertama sebagai Penolong Setiausaha, Bahagian Ekonomi di Kementerian Kewangan pada 12 Januari 1988,

“Pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Transformasi dan Pemodenan Pengurusan) MAMPU, serta pernah menjawat jawatan sebagai Setiausaha Bahagian (Bahagian Pelaburan Strategik), di Kementerian Kewangan,

“Semoga dengan pelantikan ini, kecekapan dan keberkesanan MAMPU melaksanakan transformasi kerajaan digital ke arah penawaran perkhidmatan yang berpaksikan rakyat diperkasakan,” kata Mohd Zuki.

Datuk Dr Yusuf Ismail menggantikan Datuk Dr Mazlan Yusoff yang telah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi berkuatkuasa pada 23 Mac lepas.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply