Home Semasa Malaysia catat rekod jangkitan harian COVID-19 terendah, tiada kematian dilaporkan

Malaysia catat rekod jangkitan harian COVID-19 terendah, tiada kematian dilaporkan

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 20 Apr – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan tiada sebarang kes kematian COVID-19 direkodkan sehingga pukul 12 tengah hari tadi.

Ini menjadikan jumlah kematian akibat wabak itu kekal sebanyak 89 kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata 36 kes positif baharu dicatatkan hari ini dan menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan wabak di negara ini sebanyak 5,425 kes.

“Manakala bilangan kes pesakit sembuh dan telah di keluar wad adalah sebanyak 98 kes, jumlah keseluruhan pesakit yang telah pulih dan dibenarkan keluar wad adalah sebanyak 3,285 kes,

“Pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah seramai 45 orang dan 28 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya pada sidang media perkembangan semasa COVID-19.

Dr Noor Hisham berkata penurunan bilangan kes positif harian setakat ini adalah yang paling rendah direkodkan.

“Penurunan jumlah kes harian yang dilihat sejak kebelakangan ini adalah hasil daripada tindakan proaktif dan agresif dalam mengesan kes yang dijalankan terutama dalam tempoh dua minggu yang lalu,

“Namun demikian, jumlah atau bilangan kes baharu mungkin boleh meningkat kembali dalam tempoh dua minggu akan datang, memandangkan aktiviti pengesanan kes COVID19 masih giat dijalankan terutamanya ke atas rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara dan lokaliti yang terlibat bawah PKPD,” ujarnya. – AirTimes

 

 

Related Articles

Leave a Reply