Home Pertahanan dan Keselamatan APMM ganding bahu bersama TUDM dan TLDM jaga perairan negara

APMM ganding bahu bersama TUDM dan TLDM jaga perairan negara

by Nurulhuda

LANGKAWI, 18 Apr – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) terus perkukuhkan keselamatan perairan negara dengan menghalang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara dalam membantu kerajaan membendung penularan wabak pandemik COVID-19.

APMM dalam kenyataan berkata aset udaranya telah melaksanakan pengawasan rapat di persempadan maritim bagi penguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini memasuki hari ke-32 pelaksanaannya.

“Hari ke 32 PKP pandemik COVID-19 pagi tadi menyaksikan aset udara Maritim Malaysia meneruskan pengawasan dengan rapat khasnya di persempadanan maritim negara,

“Helikopter AS 365 N3 Dauphin Maritim Malaysia dan KD Lekiu Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melakukan latihan bagi menilai kecekapan kru dan keberkesanan prosedur operasi bersepadu antara Maritim Malaysia-TLDM-Tentera Udara Diataja Malaysia (TUDM) di perairan Langkawi,” katanya dalam hantaran di Facebook rasmi, hari ini.

Pada Khamis, TUDM telah berjaya mematahkan cubaan PATI dari memasuki perairan negara.

Bot yang sarat dengan kira-kira 200 PATI Rohingya terdiri dari lelaki, wanita dan kanak-kanak itu di kesan di kedudukan 70 batu nautika (129.6 km) dari barat Pulau Langkawi oleh pesawat C-130H dari No 20 Skuadron Pangkalan Udara Subang pada jam 10.26 pagi, 16 Apr lalu.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM, semalam turut menegaskan kejayaan ATM mengesan dan mengagalkan cubaan kemasukan PATI dari memasuki sempadan negara membuktikan komited anggota tentera yang bertugas sebilang masa.

“Kejayaan operasi pengawasan maritim udara adalah usaha bersepadu di antara TLDM dan TUDM serta turut melibatkan APMM dalam menjaga kedaulatan perairan negara,

“Operasi kawalan keseluruhan persempadanan negara baik di daratan mahupun perairan akan terus diperketatkan oleh ATM,

“Semua aspek pengukuhan kawalan persempadanan ini merupakan usaha bagi menghalang penularan kluster baharu wabak COVID-19 berkemungkinan dibawa oleh kumpulan PATI yang cuba mencerobohi negara,” jelas Panglima Angkatan Tentera. – AirTimes

Related Articles

Leave a Reply