Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara PKP: TUDM terbangkan bekalan makanan ke pedalaman Sarawak

PKP: TUDM terbangkan bekalan makanan ke pedalaman Sarawak

by Air Times News Network

KUCHING, 6 Apr – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melaksanakan penerbangan pertama menghantar bekalan makanan ke kawasan pedalaman Sarawak.

TUDM dalam satu kenyataan semalam berkata, operasi penerbangan tersebut menggunakan helikopter EC725 AP dari No 5 Skuadron Pangkalan Udara Labuan.

“Helikopter EC725 AP telah berjaya melaksanakan empat penerbangan ke Bario melibatkan dua set anak kapal,

“Kru pertama diketuai oleh Lt Kol Vachiral Ratanaphan a/l Ban Teang TUDM manakala kru kedua diketuai oleh Mej Frezal Raynol @ Zainal TUDM,” katanya.

Menurutnya, penghantaran bekalan tersebut ke kawasan pedalaman Sarawak dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengambil masa dalam 4 dan 5 hari, tertakluk dengan keadaan cuaca.

“Antara lokasi lain yang akan diberi bantuan penghantaran adalah di Telang Usan, Baram, Lawas, Sri Aman dan Kapit,” kata kenyataan itu lagi.

Semalam, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Haji Openg telah melancarkan majlis simbolik Pelancaran Bantuan Bekalan Makanan Sarawak di Hangar Bomba, Lapangan Terbang Miri.

Beliau telah mengumumkan kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan berjumlah RM16.4 juta, untuk membekalkan makanan asas (essential food items) kepada golongan sasaran yang memerlukan di seluruh Sarawak.

“Beliau turut menasihati semua pihak supaya bertenang, bersabar dan sentiasa patuh kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” ujarnya.

Related Articles

Leave a Reply