Home Semasa Ismail Sabri: Polis dalam mod ‘keras’ perketat fasa kedua PKP

Ismail Sabri: Polis dalam mod ‘keras’ perketat fasa kedua PKP

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 2 Apr – Fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, Polis Diraja Malaysia kini berada dalam mod yang lebih ‘keras’ dalam usaha kerajaan menangani penularan wabak COVID-19, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, ia dilaksanakan bagi memastikan semua rakyat negara ini mematuhi pelaksanaan PKP tersebut.

“Pihak polis masih seperti biasa meneruskan tindakan-tindakan mereka. Dan tindakan mereka kini ditahap yang ‘keras’,

“Kalau dahulu lembut dan nasihat, kemudian bertukar tegas, kini mod polis adalah keras. Tindakan akan terus diambil kepada sesiapa sahaja yang melanggar perintah ini,” katanya.

Ismail berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, hari ini.

Dalam masa yang sama, Ismail Sabri berkata, pihak polis telah menahan seramai 1,449 individu diatas pelbagai kesalahan terutamanya yang melanggar perintah kawalan yang dikuatkuasakan.

“Semalam, PDRM telah menahan 562 individu berbanding 583 individu pada hari sebelumnya (31 Mac) di sekatan jalan raya dan rondaan PDRM kerana mengingkari PKP,

“1,449 daripadanya telah dituduh di mahkamah dan ada diantaranya dijatuhkan hukuman bukan sahaja denda, malah hukuman penjara,

“Ada kes di mana mereka dikenakan hukuman penjara selama lapan bulan kerana bukan kesalahan ingkar semata-mata tapi kesalahan lain seperti melawan pihak polis dan mengganggu kerja polis. Jadi,saya harap perkara itu tidak lagi dilakukan,” katanya lagi.

 

 

Related Articles

Leave a Reply