Home SemasaGlobal COVID-19: Anggota tentera Laut AS dipindahkan dari kapal USS Theodore Rossevelt

COVID-19: Anggota tentera Laut AS dipindahkan dari kapal USS Theodore Rossevelt

by Bernama

WASHINGTON, 2 April – Tentera Laut Amerika Syarikat memindahkan ribuan anggota dari kapal pengangkut pesawat USS Theodore Roosevelt sebagai langkah membendung penularan COVID-19 di kapal itu, kata Pemangku Setiausaha Tentera Laut, Thomas Modly.

Agensi berita Xinhua melaporkan, hampir 1,000 anggota telah dipindahkan dari kapal yang kini berlabuh di Guam itu.

“Dalam beberapa hari lagi, kami menjangkakan seramai kira-kira 2,700 dipindahkan,” katanya pada Rabu.

Menurut Modly, seramai 93 didapati positif COVID-19, 86 anggota menunjukkan gejala manakala tujuh lagi tidak. Setakat ini, 593 orang dapati negatif. Hampir 1,300 anggota sudah menjalani ujian saringan dan ada beberapa keputusan masih belum diperoleh.

“Kami kenal pasti dan kuarantin semua yang disyaki mempunyai kontak dengan pesakit. Semua yang disahkan positif dipindahkan dan diasingkan serta-merta,” katanya.

Berita mengenai penularan wabak COVID-19 di atas kapal itu mula tersebar pada 24 Mac – Bernama

 

 

Related Articles

Leave a Reply