Home Semasa Semakan status Bantuan Prihatin Nasional boleh dibuat sehingga 30 April – LHDN

Semakan status Bantuan Prihatin Nasional boleh dibuat sehingga 30 April – LHDN

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 1 Apr – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumkan semakan status dan permohonan baharu penerimaan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) boleh dibuat bermula hari ini secara dalam talian sehingga 30 April 2020.

LHDNM dalam satu kenyataan berkata memandangkan aliran trafik capaian ke portal adalah amat tinggi buat masa ini, LHDN menasihati orang ramai untuk membuat semakan di luar waktu puncak.

Dalam kenyataan itu juga, LHDN berkata golongan B40 yang telah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan golongan M40 yang telah mempunyai data cukai pendapatan dengan LHDN tidak perlu membuat pendaftaran bagi permohonan BPN.

“Ini kerana penerima BSH layak menerima BPN secara automatik,

“Manakala golongan M40 yang mempunyai data cukai pendapatan dengan LHDN pula akan dinilai berdasarkan jumlah pendapatan dan kriteria lain yang telah ditetapkan oleh kerajaan,” katanya.

Selain itu, semakan status penerimaan BPN boleh dilakukan secara dalam talian mulai 1 April 2020 dengan melayari portal rasmi LHDN  https://www.hasil.gov.my atau https://bpn.hasil.gov.my.

“Sekiranya status semakan adalah ‘tiada rekod’, orang ramai boleh membuat permohonan baharu dengan klik butang ‘Permohonan Baru’,

“Orang ramai hanya perlu mengikuti langkah mudah untuk membuat semakan penerimaan BPN seperti masukkan nombor kad pengenalan; masukkan kod captcha yang diberikan dan keputusan akan dipaparkan,” jelasnya.

LHDN juga mengingatkan orang ramai bahawa tiada permohonan secara manual menggunakan borong setakat ini memandangkan semua premis ditutup sementara sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.

Tambahnya lagi, jika permohonan tidak berjaya, rayuan boleh dikemukakan secara dalam talian dengan melayari portal rasmi LHDN di https://www.hasil.gov.my atau https://bpn.hasil.gov.my bermula 3 April 2020.

“Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan BPN boleh dimajukan kepada LHDN melalui HASil Live Chat, Borang Maklum Balas di poratl rasmi LHDN https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/: dan di Facebook serta Twitter rasminya,” ujarnya.

BPN ini merupakan sebahagian daripada inisiaitif di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) 2020 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyyidin Yassin sebanyak RM250 bilion dengan matlamat melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan memperkukuhkan ekonomi dalam menghadapi kesan pandemik COVID-19.

 

Related Articles

5 comments

Affandi bin Munir 3 April 2020 - 8:48 am

Tak pernah dapat brim atau bsh.saya ingin buat permohonan baru ke..
Mohon jawapan

Reply
Pasri Asyraf 3 April 2020 - 5:19 pm

Jika tidak pernah, ya. Encik perlu membuat permohonan baharu. Tetapi, untuk meyakinkan encik lagi, sila buat semakan di web site LHDN sebelum mengisi borang online.

Reply
Osman Ismail 11 April 2020 - 1:05 pm

Permohonan baru dh dibuat…kenapa lambat sangat proses..tarikh status perkahwinan apa maksudnya…

Reply
Mohd Ozair bin Idris 17 April 2020 - 10:36 am

Mengapa sampai sekarang masih status permohonan diterima?

Reply
Syahmi 10 May 2020 - 2:19 am

Saya nak Tanya.. kenapa kebanyakn Kelulusan Keseluruhan 500….bukan kah 800 ka..bg bujang….ataupon akan Masuk lg 300

Reply

Leave a Reply to Pasri AsyrafCancel reply