Home Semasa Bantuan one-off RM500 kepada kakitangan kerajaan, pemandu e-hailing, dan pesara

Bantuan one-off RM500 kepada kakitangan kerajaan, pemandu e-hailing, dan pesara

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 27 Mac – Kerajaan memperuntukan bantuan sebanyak RM500 secara one-off kepada 1.5 juta penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk mereka yang berkerja secara kontrak.

Pada masa yang sama, kerajaan turut bersetuju untuk memberikan bantuan kepada pemandu e-hailing yang terjejas akibat penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan bagi membendung wabak COVID-19

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan kerajaan tidak lupa menjaga kebajikan semua penjawat yang setia menjalankan amanah kepada negara.

“Kerajaan tidak lupa menjaga kebajikan semua penjawat awam yang terus setia menjalankan amanah kepada negara.

“Bagi menghargai sumbangan mereka, kerajaan akan memberikan bantuan tunai sebanyak RM500 secara ‘one-off’ kepada lebih 1.5 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk mereka yang bekerja secara kontrak.

“Bayaran akan dibuat pada April 2020,” jelas Perdana Menteri semasa mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin), yang disiarkan secara langsung, hari ini.

Muhyiddin juga berkata, Kerajaan akan menyalurkan bantuan sebanyak RM500 secara one-off kepada lebih 850,000 pesara Kerajaan pada bulan April depan.

Dalam masa yang sama, pendapatan harian pemandu e-hailing sepenuh masa yang terjejas berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan turut diambil kira.

Sehubungan itu, Kerajaan memutuskan akan memberikan bantuan secara one-off sebanyak RM500 juga kepada 120,000 pemandu e-hailing dengan peruntukan sebanyak RM60 juta.

“Dalam Pakej Rangsangan Ekonomi sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan pemandu teksi akan menerima bayaran one-off sebanyak RM600 mulai 1 April 2020,” tambahnya.

 

Related Articles

Leave a Reply