Home Semasa Dr Noor Hisham: 80 petugas kesihatan positif COVID-19

Dr Noor Hisham: 80 petugas kesihatan positif COVID-19

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah melaporkan seramai 80 orang petugas kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dikesan positif wabak COVID-19.

Dr Noor Hisham dalam satu kenyataan menerusi Facebooknya berkata punca jangkitan bagi kesemua anggota kesihatan ini bukan dari pengendalian kes postif COVID-19 di fasiliti Kesihatan KKM.

“Namun begitu, semua anggota kesihatan dan barisan hadapan (frontliners) dinasihati untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan,

“Langkah yang disarankan seperti memastikan tangan sentiasa bersih, mengamalkan penjarakan sosial (social distancing) dan pemakaian alat pelindung diri (PPE) mengikut keperluan yang ditetapkan,” katanya.

Hospital Teluk Intan mencatatkan jumlah tertinggi seramai 39 orang setakat ini dijangkiti COVID-19; Hospital Selayang (5); Hospital Raja Perempuan Zainab II (4); Hospital Seri Manjung dan Tuanku Ja’afar Seremban (3).

 

Related Articles

Leave a Reply