Home Semasa COVID-19: Malaysia catat satu lagi kematian, jadikan 17 kes – Dr Noor Hisham

COVID-19: Malaysia catat satu lagi kematian, jadikan 17 kes – Dr Noor Hisham

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 25 Mac – Malaysia mencatat satu lagi pertambahan kes kematian baharu menjadikan sebanyak 17 orang yang dilaporkan Pusat Kesiapsiagaan dan Respon Krisis (CPRC) Kebangsaan setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes kematian ke-17 (kes ke-1,251) adalah seorang warganegara Malaysia berusia 66 tahun dengan latarbelakang beberapa penyakit kronik.

“Beliau telah mula menunjukkan gejala seminggu sebelum dimasukkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pada 20 Mac 2020,

“Keadaan beliau kritikal semasa tiba di Jabatan Kecemasan dan seterusnya memerlukan bantuan pernafasan pada hari yang sama,

“Beliau disahkan positif COVID-19 pada 21 Mac 2020. Kesihatannya merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia pada 25 Mac 2020 jam 4.10 pagi. Punca jangkitan COVID-19 masih dalam siasatan,” katanya.

 

Related Articles

Leave a Reply