Home Pertahanan dan Keselamatan PDRM, ATM tahan lelaki india miliki alat menghisap dadah

PDRM, ATM tahan lelaki india miliki alat menghisap dadah

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 23 Mac –PDRM dan anggota Tentera berjaya menahan seorang lelaki yang cuba malarikan diri dari sekatan jalan raya (SJR) Ops Penawar di kawasan jalan Gapam Melaka, hari ini.

Menurut sumber, beberapa anggota polis dan tentera yang sedang membuat sekatan jalan raya bagi pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan di Jalan Gapam, Bemban cuba menahan suspek yang menunggang motosikal jenis Honda EX5.

“Bagaimanapun, suspek yang berbangsa india cuba melarikan diri dengan meninggalkan motosikalnya dan meronta-ronta untuk melepaskan diri sebelum berlaku pergelutan sehingga berjaya ditangkap semula.

“Hasil pemeriksaan oleh PDRM, mendapati lelaki tersebut memiliki peralatan menghisap dadah dan juga merupakan susupek kes kecurian tabung masjid,

Sumber menambah, suspek yang  juga seorang penganggur turut mempunyai pelbagai rekod lampau berkaitan dadah dan kes curi.

Terdahulu, beberapa keping gambar di media sosial yang memaparkan seorang lelaki telah ditahan oleh oleh anggota tentera dan polis.

Rata-rata natizen mempersoalkan gambar  tular yang mendakwa anggota  Angkatan Tentera Malaysia bertindak agresif sewaktu melakukan sekatan jalan raya.

Op Penawar merupakan penugasan ATM membantu PDRM dalam menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19 yang dilancarkan oleh kerajaan semenjak 18 Mac lalu.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply