Home Semasa Jemaah tabligh menjadi korban ke 4 COVID-19 di Malaysia

Jemaah tabligh menjadi korban ke 4 COVID-19 di Malaysia

by Nurulhuda

PUTRAJAYA, 21 Mac – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan kematian keempat akibat wabak COVID-19 melibatkan seorang lelaki berumur 50 tahun yang merupakan peserta perhimpunan jemaah tabligh di Sri Petaling.

Dr Noor Hisham berkata kematian itu menjadikan jumlah keseluruhan maut akibat COVID-19 di Malaysia adalah empat orang.

“Allahyarham merupakan kluster jemaah tabligh dan dimasukkan ke Hospital Melaka pada 12 Mac lalu,

“Mangsa diberikan bantuan mesin pernafasan pada hari kelima bagaimanapun kesihatannya merosot merosot hari demi hari dan disahkan meninggal dunia hari ini (21 Mac 2020) jam 10.30 pagi tadi,” jelasnya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Dalam masa yang sama, Dr Noor Hisham berkata sebanyak 90 daripada keseluruhan kes baharu hari ini adalah berkaitan kluster perhimpunan tabligh.

Beliau turut menyatakan, 19 kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan lima petugas daripada fasiliti kesihatan swasta disahkan dijangkiti COVID-19.

“Dua daripadanya kini dirawat di ICU. Punca jangkitan bagi kesemua 19 kementerian kesihatan itu bukan disebabkan oleh ketidakpatuhan mereka semasa mengendalikan kes-kes COVID-19 di peringkat fasiliti masing-masing.

“Hasil siasatan yang dijalankan mendapati kesemua mereka merupakan kontak rapat generasi pertama dan kedua melibatkan kluster jemaah tabligh,

“Sehingga 14 Mac 2020, bilangan anggota KKM yang telah menjalani ujian saringan pengesanan COVID-19 adalah seramai 337 orang. Daripada jumlah tersebut,  251 adalah didapati negatif,  manakala baki 86 masih menunggu keputusan ujian,” katanya.

 

Related Articles

Leave a Reply