Home Semasa COVID-19: 10 juta topeng muka dibawa masuk

COVID-19: 10 juta topeng muka dibawa masuk

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 21 Mac – Kerajaan telah mendapatkan bekalan 10 juta topeng muka dari negara China dan bekalan itu akan diuruskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dengan keutamaan diberikan kepada pasukan barisan hadapan, jelas Menteri Kanan, Datuk Seri Fadillah Yusof

Fadillah Yusof berkata Kementerian Pengangkutan akan menyelaraskan bekalan tersebut apabila ia tiba di negara kelak.

“Keutamaan agihan akan diberi kepada anggota barisan hadapan yang menguruskan hal berkaitan COVID-19 sama ada di peringkat kebangsaan atau negeri iaitu kakitangan Kementerian Kesihatan dan anggota polis, imigresen serta tentera,

“Jika ada lebihan, barulah ia akan diberikan kepada pasaran. Itu pun akan diuruskan NADMA dengan kerjasama Pharmaniaga (Berhad),” katanya pada sidang media di Perdana Putra, hari ini.

Related Articles

Leave a Reply