Home Semasa Syarikat swasta teruskan perniagaan, perlekeh arahan MKN

Syarikat swasta teruskan perniagaan, perlekeh arahan MKN

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 18 Mac – Sebuah syarikat pekilangan didakwa meneruskan operasi perniagaan walaupun Perintah Kawalan Pergerakan telah dikuatkuasakan.

Di media sosial, tular sekeping gambar memaparkan memorandum syarikat yang mengarahkan pekerja untuk bekerja seperti biasa sepanjang 18 hingga 31 Mac 2020.

Memorandum turut menyatakan keputusan tersebut dibuat secara sebulat suara oleh pihak pengurusan syarikat.

Pada masa yang sama, syarikat terbabit turut mengeluarkan arahan berjaga-jaga kepada pekerja untuk membendung penularan wabak COVID-19.

Tinjauan di lokasi mendapati syarikat yang didakwa ingkar arahan MKN di tutup.

“Anda semua (pekerja) juga disarankan sentiasa menjaga kesihatan dengan memakai topeng muka dan pembasmi kuman (hand sanitizer),” kata pihak syarikat dalam notis tersebut.

Wakil syarikat ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan menyatakan akur dengan arahan pihak pengurusan serta meneruskan kerja seperti biasa.

Sehingga berita ini ditulis, pihak pengurusan syarikat gagal dihubungi untuk memberikan sebarang komen balas.

Tinjauan di lokasi syarikat mendapati premis telah di tutup.

Related Articles

Leave a Reply