Home Semasa Singapura tidak akan kehabisan bekalan makanan – Chan Chun Sing

Singapura tidak akan kehabisan bekalan makanan – Chan Chun Sing

by Farrah Najihah Hisyam

SINGAPURA, 17 Mac – Menteri Perdagangan dan Industri Singapura, Chan Chun Sing hari ini mengesahkan republik itu mempunyai bekalan makanan yang mencukupi sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan di Malaysia yang berkuatkuasa esok.

Malaysia adalah salah satu pembekal makanan dan barangan keperluan di Singapura, namun republik itu telah mempunyai rancangan yang kukuh selama bertahun-tahun sekiranya senario gangguan bekalan berlaku di masa hadapan.

“Kami mempunyai bekalan makanan karbohidrat seperti beras dan mee yang mencukupi untuk lebih dari tiga bulan,

“Manakala sumber protein seperti daging dan sayuran, kami menggunakan kombinasi barangan segar, beku dan tin untuk memenuhi keperluan yang mempunyai bekalan lebih daripada dua bulan,

“Bagi bekalan telur pula, kami mempunyai pembekal tempatan serta mengaktifkan pengangkutan udara sebagai penghubung sekiranya gangguan bekalan dari Malaysia berlaku,” jelasnya.

Tambahnya, walaupun terdapat beberapa penyesuaian terhadap pilihan yang perlu dibuat dalam jangka masa pendek, namun Singapura akan terus mempunyai bekalan makanan yang cukup sekira rakyat negara itu membeli secara berhemah.

Terdahulu, Chan Chun Sing dalam satu kenyataan berkata, Singapura akan terus berhubung dengan Malaysia demi perkembangan semasa dalam memastikan rakyat dan perniagaan di republik itu dapat meneruskan kehidupan serta urusan mereka.

Related Articles

Leave a Reply