Home Semasa COVID-19 ragut nyawa pertama di Malaysia

COVID-19 ragut nyawa pertama di Malaysia

by Khairunnisa Suhairi

KUCHING, 17 Mac – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) hari ini mengesahkan kematian pertama pesakit wabak Koronavirus (COVID-19) di negara ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini, pesakit berusia 60 tahun telah meninggal dunia pada jam 11 pagi tadi di Hospital Umum Sarawak.

“Mangsa merupakan seorang paderi dari Gereja Emmnuel Baptist, Kuching,” kata JPBNS.

Menurut kenyataan itu, pihak Jabatan Kesihatan Negeri sedang berusaha unutk mengenalpasti punca jangkitan yang dihidapi oleh mangsa.

“Seramai 193 kontak rapat mangsa telah dikesan dan sedang dikuarantin,” kata kenyataan itu.

Related Articles

Leave a Reply