Home Semasa Harga cukai jalan motor tak naik

Harga cukai jalan motor tak naik

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 14 Mac – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan berita yang tular di media sosial bahawa kerajaan akan menaikkan harga fi Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau dikenali sebagai cukai jalan.

JPJ dalam satu kenyataan semalam menegaskan bahawa harga LKM adalah masih sama seperti sedia ada dan tiada sebarang perubahan harga seperti yang didakwa.

“Sehubungan itu, JPJ menasihati orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan sebarang maklumat yang tidak benar tanpa merujuk kepada sumber yang sahih,” kata kenyataan itu.

Related Articles

Leave a Reply