Home SemasaGlobal Eropah adalah titik panas wabak COVID-19 – WHO

Eropah adalah titik panas wabak COVID-19 – WHO

by M.Daim

GENEVA, 14 Mac – Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus hari ini memaklumkan benua Eropah menjadi titik panas wabak koronavirus-2019 (COVID-19).

Dalam sidang media di Ibupejabat WHO, Tedros menyatakan kadar laporan kes jangkitan dan kematian akibat wabak itu secara harian di Eropah adalah lebih tinggi berbanding China.

“Bilangan jangkitan dan kematian akibat COVID-19 di seluruh Eropah adalah lebih tinggi dari jumlah keseluruhan kes di seluruh dunia kecuali China,” katanya.

Sehingga hari ini, China telah mencatatkan sebanyak 80,495 kes jangkitan.

Di Eropah, Itali merupakan negara yang terjejas teruk akibat wabak itu dan menyebabkan Rome mengambil langkah untuk menutup seluruh negara Mediterranean itu bagi menghalang penularan wabak.

Itali merupakan negara kedua tertinggi mecatatkan bilangan jangkitan COVID-19 dengan 15,113 kes.

Sementara itu, Sepanyol telah mencatatkan 4,334 kes, Jerman sebanyak 3,156, Perancis sebanyak 2,882 dan Switzerland sebanyak 1,125 kes.

 

Related Articles

Leave a Reply