Home SemasaGlobal Bill Gates tinggalkan Microsoft, tumpu kerja kebajikan

Bill Gates tinggalkan Microsoft, tumpu kerja kebajikan

by M.Daim

WASHINGTON, 14 Mac – Pengasas Microsoft, Bill Gates disahkan meletak jawatan dari Lembaga Pengarah Syarikat perisian, hari ini.

Keputusan Bill Gates telah diumumkan oleh pihak Microsoft dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

Kenyataan yang sama memaklumkan beliau turut mengundurkan diri dari menjadi penasihat kepada Microsoft.

Sementara itu, Bill Gates turut mengesahkan pengunduran beliau dari Berkshire Hathaway, sebuah syarikat konglomerat pelaburan besar di Amerika Syarikat.

“Keputusan untuk mengundurkan diri dari Microsoft dan Berkshire Hathaway adalah untuk memberikan saya lebih banyak masa fokus kepada kerja-kerja kebajikan,

“Antara kerja-kerja kebajikan yang akan saya tumpu adalah pembangunan kesihatan global, pendidikan dan memerangi perubahan iklim,” katanya dalam satu kenyataan.

Bill Gates, 64, mengasaskan Microsoft pada 4 April 1975 bersama rakan kongsinya, Paul Allen.

Microsoft merupakan syarikat gergasi perisian komputer yang mengeluarkan siri perisian Windows dan aplikasi Office yang digunakan di seluruh dunia.

Bill Gates sebelum ini menderma sebanyak US$ 50 juta kepada Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) bagi membiayai pembangunan ubat-ubatan untuk memerangi wabak Koronavirus-2019 (COVID-19).

Related Articles

Leave a Reply