Home Semasa COVID-19: UiTM tangguh Istiadat Konvokesyen di semua kampus

COVID-19: UiTM tangguh Istiadat Konvokesyen di semua kampus

by Fatini Hanis Norzali

SHAH ALAM, 13 Mac– Pengurusan Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengambil langkah proaktif untuk mencegah penyebaran wabak COVID-19 demi kesihatan dan keselamatan seluruh warga UiTM dan masyarakat amnya.

Naib Canselor UiTM dalam satu kenyataan berkata, pihak universiti telah membuat keputusan untuk menangguh Istiadat Konvokesyen di kampus induk dan semua kampus cawangan UiTM berkuat kuasa serta-merta.

Penangguhan Istadat Konvokesyen tersebut dibuat ekoran pengumuman World Health Organization (WHO) yang mengelaskan COVID-19 sebagai pandemik.

“Tarikh baharu istiadat berkenaan akan dimaklumkan kelak,

“UiTM amat menghargai kefahaman, sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak di dalam hal ini,” ujarnya.

Istiadat Konvokesyen UiTM yang ke-92 yang akan bermula pada 24 Mac ini di kampus utama di Shah alam dan diikuti 11 kampus yang lain.

Related Articles

Leave a Reply