Home Semasa COVID-19 : Tiada aktiviti kokurikulum di sekolah sepanjang Mac – KPM

COVID-19 : Tiada aktiviti kokurikulum di sekolah sepanjang Mac – KPM

by Farrah Najihah Hisyam

KUALA LUMPUR, 13 Mac – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini menggesa agar semua program sekolah yang melibatkan perhimpunan ramai sepanjang bulan Mac ditangguhkan bagi mencegah penularan COVID-19 berlaku.

Dalam satu kenyataan KPM memaklumkan aktiviti sedemikian ditangguh bagi bulan Mac ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

“Semua warga KPM dinasihatkan agar mengikuti garis panduan sebagai langkah pengawalan jangkitan COVID-19,

“Mereka juga dinasihatkan agar menangguh perjalanan ke luar negara terutamanya ke wilayah atau bandar yang mengalami wabak jangkitan itu sebagaimana yang telah dimaklumkan,” katanya.

Selain itu, KPM menegaskan agar penjagaan kesihatan diri perlu diamalkan oleh semua pihak pada setiap masa dan merujuk ke Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan sekiranya mengalami simpton jangkitan.

Related Articles

Leave a Reply