Home Semasa COVID-19: Daftar diri di kedutaan dengan segera

COVID-19: Daftar diri di kedutaan dengan segera

by Fatini Hanis Norzali

PUTRAJAYA, 13 Mac – Kerajaan Malaysia mempertingkatkan lagi usaha menjaga keselamatan rakyat Malaysia di luar negara ketika wabak COVID-19 yang menular di seluruh dunia.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, hanya 380 rakyat Malaysia yang berdaftar dengan kedutaan di Itali.

“Kita akan bincang dengan kedutaan Itali untuk melihat sejauh mana pertolongan yang boleh diberikan oleh pihak kerajaan kepada rakyat Malaysia yang masih di sana,” katanya.

“Jangan tunggu sampai keadaan yang terdesak baru hendak minta pertolongan Wisma Putra tetapi untuk mendaftarkan diri dengan kita di peringkat awal, tidak lakukannya,

“Sebab itu penting untuk mereka juga bertanggungjawab memastikan nama mereka berada di kedutaan-kedutaan kita,” katanya semasa sidang media mengenai perkembangan rakyat Malaysia di luar negara.

Dalam masa yang sama, beliau menegaskan bahawa Wisma Putra telah mengenal pasti kesemua 11 orang rakyat Malaysia di luar negara iaitu 9 di Singapura dan 2 di Jepun yang telah dijangkiti oleh wabak tersebut.

Sehingga Khamis, bilangan rakyat negara ini yang berdaftar dengan perwakilan Malaysia di antara 10 negara paling teruk terjejas akibat COVID-19 ialah China (14,929), Korea (4,297), Itali (380), Perancis (2,401) dan Amerika Syarikat (23,179), Iran (67), Jepun (6,019), Sepanyol (150), Switzerland (790) dan Jerman (2,218

Dalam sidang media tersebut beliau berkata mengenai Task Force yang akan dipimpin oleh timbalannya, Datuk Kamaruddin Jaffar, untuk menerima maklumat secara telus supaya tiada maklumat mengenai COVID-19 disembunyikan.

Related Articles

Leave a Reply