Home Pertahanan dan Keselamatan TPA M-15 terus pantau proses gencatan senjata di Filipina

TPA M-15 terus pantau proses gencatan senjata di Filipina

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 12 Mac  – Tim Pemantau Antarabangsa-Mindanao ke-15 (TPA M-15) berlepas ke Filipina hari ini bagi menjalankan tugas pemantauan serta mengawasi proses gencatan senjata antara Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM berkata penglibatan Malaysia sebagai ketua tim pemantauan ini merupakan salah satu komitmen negara kepada dunia luar di atas prinsip menjunjung keamanan sejagat.

“Malaysia telah diamanahkan untuk menerajui misi ini semenjak lebih sedekat lalu. Sepanjang  tempoh tersebut, kita telah berjaya melaksanakan mandat yang diberi dengan baik dan mendapat pengikhtirafan dari pelbagai pihak,

“Kita sememangnya berbangga dengan kepercayaan yang telah diberikan ini,

“Saya menyeru kepada Tim Pemantau untuk melaksanakan penugasan dengan penuh rasa tanggungjawab, amanah dan ikhlas,

“Buktikanlah kecekapan dan professionalisme yang tinggi,” kata Affendi semasa Majlis Penghantaran Kumpulan Induk Tim Pemantau Antarabangsa Mindanao ke-15 di Pangkalan Udara Subang.

Dalam masa yang sama, Affendi juga menegaskan agar aspek kesihatan perlu diberi perhatian sewajarnya terutamanya mengenai wabak COVID-19 yang kini menjadi pandemik yang sangat nyata.

“Semua anggota Tim Pemantau perlu tingkatkan kesedaran mengenai wabak ini dan mengambil langkah berjaga-jaga sewajarnya,” tegas Affendi.

Timbalan Ketua Tim Pemantau Antarabangsa Mindanao ke-15, Brigedier Jeneral Khalil Mohd Ali TUDM

Sementara itu, Timbalan Ketua Misi, Brigedier Jeneral Khalil Mohd Ali TUDM berkata Tim ini membabitkan penyertaan 9 orang anggota yang terdiri daripada 4 pegawai dan 1 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), 2 orang Pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala 2 orang kakitangan awam daripada Kementerian Pertahanan, Kementerian Luar dan Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“Melalui laporan Ketua Misi ke-15 yang kini telah berada di Mindanao, Tim pemantau perlu mengatur semula program-program untuk melaksanakan misi dengan jayanya,

“Saya berharap tim pemantau pada kali ini dapat menjalankan misi yang diamanahkan dengan jayanya dan kembali dengan selamat,” jelas beliau.

Kumpulan Induk TPA M-15 telah berlepas ke Mindanao dengan menggunakan pesawat C-130H TUDM.

Penghantaran misi ini merupakan kesinambungan dalam memenuhi hasrat Kerajaan Filipina dan persetujuan Kerajaan Malaysia untuk melaksanakan tugas-tugas bagi memantau perjanjian genjatan senjata yang melibatkan pihak Goverment of Philippines dan Moro Islamic Liberation Front (MILF).

Terdahulu, Ketua Misi, Mejar jeneral Datuk Muhammad Anwar Abduulah bersama 4 orang pegawai telah berlepas ke Mindanao pada 6 Mac lalu sebagai persiapan awal untuk mengambil alih misi ini.

 

Related Articles

Leave a Reply