Home Semasa Kes COVID-19 meningkat 13 kali ganda, WHO isytihar pandemik

Kes COVID-19 meningkat 13 kali ganda, WHO isytihar pandemik

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 12 Mac – Pertubuhan Badan Kesihatan Dunia (WHO) hari ini mengelaskan wabak coronavirus-2019 (COVID-19) adalah sebagai wabak pandemik.

Pengisytiharan dibuat oleh Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Ghebreyesus dalam satu sidang media di Ibu Pejabat WHO, Geneva, hari ini.

Menurut beliau, pengelasan COVID-19 sebagai pandemik adalah berikutan kadar peningkatan kes jangkitan meningkat secara mendadak dalam tempoh 2 minggu.

“Untuk tempoh 2 minggu lalu, bilangan kes jangkitan di luar China meningkat sebanyak 13 kali ganda,

“Lebih daripada 118,000 kes direkodkan di 114 buah negara di seluruh dunia,” kata Dr Tedros.

Beliau menegaskan, COVID-19 merupakan wabak pertama yang berpunca dari koronavirus yang dikelaskan sebagai pandemik.

“Ini merupakan kali pertama kita melihat pandemik yang berpunca dari koronavirus dan belum pernah lagi wabak pandemik berjaya dikawal,” katanya.

Menurut WHO, pandemik diisytiharkan apabila penyakit baharu telah merebak dan menyebabkan jangkitan kepada manusia.

Related Articles

Leave a Reply