Home Semasa Azam Baki Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu

Azam Baki Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu

by Fatini Hanis Norzali

PUTRAJAYA, 9 Mac – Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong hari ini telah berkenan pelantikan Datuk Seri Azam Baki, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu berkuatkuasa hari ini.

Menurut satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri, Agong turut perkenan permohonan peletakan jawatan Latheefa Beebi Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM, berkuat kuasa 9 Mac 2020.

“Peletakan jawatan Latheefa adalah selaras dengan subseksyen 5(3) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Akta 694),” jelas kenyataan itu.

Terdahulu, Latheefa mengesahkan bahawa beliau telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM atas pilihannya sendiri.

Related Articles

Leave a Reply