Home SemasaGlobal COVID-19: Arab Saudi tutup jabatan kerajaan, sekolah

COVID-19: Arab Saudi tutup jabatan kerajaan, sekolah

by M.Daim

RIYADH, 9 Mac – Kerajaan Arab Saudi bertindak menutup wilayah Qatif bagi menangani penularan wabak Koronavirus di negara itu.

Wilayah mempunyai kepadatan penduduk seramai 500,000 orang ditutup pada Ahad lalu oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

Menurut Agensi Berita Saudi (SPA), tindakan penutupan wilayah yang mempunyai majoriti penganut Syiah dibuat berikutan 4 kes jangkitan COVID-19 yang dikesan melibatkan warganegara Arab Saudi yang baru pulang dari menghadiri upacara keagamaan di Iran.

“Sekatan adalah bersifat sementara,” kata SPA.

Selain menutup laluan keluar masuk, kesemua jabatan kerajaan dan institusi pendidikan di wilayah itu ditutup sebagai langkah berjaga-jaga oleh Riyadh.

Tindakan menutup wilayah itu adalah berikutan kebimbangan warga tempatan disyaki dijangkit COVID-19 selepas menghadiri upacara keagamaan di Iran.

Sementara itu, dalam satu kenyataan oleh Kementerian Kesihatan Arab Saudi, sebanyak 4 kes jangkitan telah dikesan di Qatif dengan melibatkan kesemua warga tempatan yang baru pulang dari Iran.

Sehingga pukul 10 pagi tadi (waktu Malaysia), Arab Saudi turut melaporkan 4 kes terbaharu telah dikesan di wilayah itu.

Kes pertama melibatkan seorang kontak pesakit COVID-19 yang baru pulang dari Iran. 2 kes melibatkan wanita warganegara Bahrain yang baru pulang dari Iraq. Kes ke-4 pula melibatkan seorang warganegara Amerika Syarikat yang mempunyai sejarah perjalanan ke Itali.

Related Articles

Leave a Reply