Home Politik Kenapa nak merompak ditengah jalan? Ini kerajaan celaka merompak di tengah jalan – Mohamad

Kenapa nak merompak ditengah jalan? Ini kerajaan celaka merompak di tengah jalan – Mohamad

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 8 Mac – Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) ,Mohamad Sabu mendakwa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah mengajak beliau untuk menubuhkan kerajaan baharu tanpa DAP.

Menurut beliau, Muhyiddin mengajaknya berbuat demikan dengan memainkan isu perkauman sebagai jambatan untuk mengambil alih kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Kita kena bincang, kita dah ada jumlah undi yang cukup untuk mengambil alih pemerintahan tolak DAP, adakah abang Mat boleh setuju?

“Saya jenis diam. Saya biasa kena maki, cakap macam mana pun saya diam saja. Saya kata tak boleh,

“Ya, kita kalah di Pilihanraya Kecil (PRK) Cameron Highlands, Tanjung Piai, Kimanis. Kalau kalah PRK kalah-kalah, PRU akan datang BN menang, ambillah pemerintahan ini!

“Kenapa nak rompak di tengah jalan? Ini kerajaan celaka merompak di tengah jalan,” katanya ketika berucap di ceramah Jelajah Pakatan Harapan di Sri Andalas, Klang malam semalam.

Beliau turut meluahkan rasa hairan apabila segelintir rakyat termasuk golongan berpendidikan terpengaruh dengan pihak berkenaan.

“BN (Barisan Nasional) baru hilang kuasa 2018. Tanda-tanda kamu nak menang telah ada, pilihan raya kecil kamu menang. Kenapa tak boleh tunggu?

“Kami boleh tunggu 60 tahun, kenapa kamu tak boleh tunggu lima tahun?” sindir Mohamad lagi.

Mohamad yang merupakan Ahli Parlimen Kota Raja turut menegaskan Muhyiddin yang memainkan isu perkauman untuk dijadikan alasan menubuhkan kerajaan baharu.

“Yang mainkan isu perkauman yang nak jadikan kerajaan Melayu adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Dia nafikan esok, kalau dia berani. Dia yang mainkan peranan kerajaan berteraskan Melayu di Malaysia yang berbagai kaum, agama, suku,” tambah Mohamad

Akhir bulan Februari lalu, perkembangan politik tanahair menyaksikan perletakan jawatan Perdana Menteri oleh Tun Dr Mahathir yang enggan bekerjasama dengan UMNO serta beberapa ahli politik berkumpul untuk menyatakan sokongan terhadap Tun Dr Mahathir.

Perlantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan turut menyebabkan beliau digelar pengkhianat oleh bekas perdana menteri itu.

Related Articles

Leave a Reply