Home Politik Marzuki dilantik Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri

Marzuki dilantik Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri

by Nurulhuda

PUTRAJAYA, 5 Mac – Pejabat Perdana Menteri (JPM) hari ini mengumumkan perlantikan Datuk Dr. Marzuki Mohamad sebagai Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkuatkuasa 1 Mac 2020.

“Datuk Dr. Marzuki bin Mohamad, 46 tahun, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Sarjana Sastera (Sains Politik) dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Doktor Falsafah (Sains Politik) dari Australian National University, Australia,” kata JPM dalam satu kenyataan hari ini.

Marzuki mempunyai pengalaman berkhidmat dengan Muhyiddin sejak dari tahun 2009.

Beliau dilantik sebagai Pegawai Khas Kepada Timbalan Perdana Menteri pada tahun 2009 hingga 2013 dan Setiausaha Politik Kepada Menteri Pendidikan pada tahun 2013 hingga 2015.

Pada tahun 2015, beliau kembali bertugas di UIAM sebagai Profesor Madya di Jabatan Sains Politik dengan jawatan terakhir sebagai Ketua Jabatan Sains Politik.

Marzuki kembali berkhidmat sebagai Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Menteri Dalam Negeri pada tahun 2018 berikutan pelantikan Muhyiddin sebagai Menteri Dalam Negeri.

Related Articles

Leave a Reply