Home Semasa 8 Jun cuti umum Hari Keputeraan Agong

8 Jun cuti umum Hari Keputeraan Agong

by Fatini Hanis Norzali

KUALA LUMPUR, 4 Mac – Hari Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah dipinda ke 8 Jun 2020.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan pada hari ini, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali berkata kerajaan bersetuju bahawa Hari Keputeraan Agong telah dipinda dari tarikh asal iaitu 6 Jun 2020.

“Kerajaan juga bersetuju Hari Keputeraan Rasmi Baginda adalah jatuh pada Isnin pertama bulan Jun pada setiap tahun mulai 2021,” jelas Ketua Setiausaha Negara.

Beliau turut menegaskan Hari Keputeraan Rasmi Agong diisytiharkan sebagai hari kelepasan am.

Terdahulu, Yang di-Pertua Dewan Rakyat memaklumkan bahawa sesi Dewan Rakyat tidak akan bersidang pada 8 Jun 2020 sempena Hari Keputeraan Agong.

Related Articles

Leave a Reply