Home Politik Ketua Menteri cadang bubar DUN Melaka

Ketua Menteri cadang bubar DUN Melaka

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 2 Mac – Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari telah mencadangkan kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurutnya, cadangan tersebut telah dinyatakan kepada Yang di-Pertua semasa pertemuannya pada jam 4.30 petang hari ini bagi membolehkan Pilihanraya Negeri diadakan.

“Mengambil kira keadaan ketidakstabilan politik Melaka yang boleh menjejaskan pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat, serta bagi mengembalikan semula mandat kepada rakyat, saya dengan ini merujuk kepada peruntukan di bawah Perkara 7(4) Perlembagaan Negeri Melaka,

“Jika Ketua Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli Dewan Undangan Negeri, maka Ketua Menteri hendaklah meletakkan jawatan Majlis Mesyuarat Kerajaan, melainkan jika atas permintaan Yang di-Pertua Negeri membubarkan Dewan Undangan Negeri,” menurut peruntukan perlembagan itu.

Adly juga berharap semua rakyat kekal bertenang dan mematuhi peraturan bagi memastikan negeri Melaka terus aman dan selamat.

 

Related Articles

Leave a Reply