Home Politik Akar umbi ARMADA sokong Muhyiddin PM ke-8

Akar umbi ARMADA sokong Muhyiddin PM ke-8

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 29 Feb – Suara akar umbi Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) menegaskan mereka berdiri teguh dan tetap memberi sokongan penuh kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri ke-8.

Pendirian itu disuarakan oleh Exco ARMADA Nasional, Muzzammil Ismail yang berkata akar umbi akan menerima dan menyokong penuh apa-apa keputusan dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) melalui Majlis Pimpinan Tertinggi.

“Kami mendokong penuh kepada Presiden (Muhyiddin) dan apa-apa keputusan kami akan akur,

“Mudah-mudahan kita akan membentuk sebuah kerajaan kuat yang membawa suara akar umbi, rakyat secara keseluruhan, agenda Melayu dan Islam, seluruh Bumiputera serta berkerjasama dengan UMNO,” katanya kepada pemberita di perkarangan kediaman Presiden PPBM di Bukit Damansara.

Mengenai kerjasama dengan UMNO, Muzzammil berkata ARMADA memikirkan tentang kesejahteraan secara lebih luas.

“Dimana hari ini, kami (ARMADA) merasakan keperluan utama adalah menstabilkan kemelut politik,

“Kami mahu melihat satu landskap politik yang baru, yang lebih (dari) hari ini menjawab persoalan-persoalan dan isu-isu yang sensasi melibatkan politik,

“Kita sangat berharap agar rakyat dapat bertenang dan masalah ini akan dapat diselesaikan ketika ini,” katanya.

Menurutnya lagi, sokongan dan kepercayaan rakyat kepada Pakatan Harapan (PH) kini semakin merundum disebabkan isu-isu berkaitan politik yang tidak dapat diselesaikan.

“Kita berharap dengan satu kesatuan politik yang baharu kita dapat memberi kerjasama dan khidmat politik yang lebih baik selama ini,” ujar Muzzammil.

Related Articles

Leave a Reply