Home Semasa COVID-19: Elaun Khas RM200 bukti imigresen terima pengiktirafan kerajaan

COVID-19: Elaun Khas RM200 bukti imigresen terima pengiktirafan kerajaan

by Bernama

KUALA LUMPUR, 28 Feb – Pemberian elaun khas RM200 kepada pegawai imigresen yang terlibat menguruskan kemasukan pelawat asing di negara ini sepanjang tempoh penularan COVID-19, membuktikan komitmen dan dedikasi yang ditujukkan agensi itu mendapat pengiktirafan kerajaan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata pemberian elaun khas berkenaan juga akan meningkatkan lagi semangat pegawai imigresen untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang dalam menguruskan kemasukan pelawat-pelawat asing sepanjang tempoh memerangi COVID-19.

“Jabatan Imigresen mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan di atas pemberian elaun khas RM200 kepada pegawai-pegawai imigresen di barisan hadapan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Perdana Menteri interim Tun Dr Mahathir Mohamad semalam mengumumkan Pakej Ransangan Ekonomi 2020 yang antara lain memberi elaun khas RM400 sebulan buat doktor, kakitangan perubatan, RM200 kepada imigresen dan kakitangan lain yang terlibat, berkuat kuasa Feb 2020 hingga wabak berakhir – Bernama

 

Related Articles

Leave a Reply