Home Semasa Saya dituduh gila kuasa dan tidak mahu lepas jawatan – Tun M

Saya dituduh gila kuasa dan tidak mahu lepas jawatan – Tun M

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 26 Feb – Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata terdapat tuduhan menyatakan beliau gila kuasa dan tidak mahu melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri ke-7.

Oleh yang demikian, tuduhan yang dilemparkan itu maka beliau pun meletak jawatan sebagai Perdana Menteri kerana beliau melihat kuasa dan jawatan itu sebagai “be all and end all” adalah matlamatnya.

“Bagi saya kuasa dan kedudukan itu adalah “a means to an end” ataupun satu alat untuk mencapai objektif dan objektif kita semua tentulah untuk kebaikan negara,” ujar Perdana Menteri Interim dalam satu Perutusan Khas yang disiarkan hari ini.

Tambahnya lagi, disebabkan itu beliau telah meletak jawatan kerana melihat orang politik yang terpenting ialah parti mana yang memerintah, sama ada yang kalah atau yang menang.

“Sebenarnya saya telah janji akan letak jawatan untuk memberi peluang kepada Dewan Rakyat menentukan siapa yang akan mengganti saya. Jika benarlah saya masih disokong saya akan kembali. Jika tidak saya akan terima siapa sahaja yang dipilih,

“Jadi peluang untuk menukar kepimpinan memang ada. Hanya saya berpendapat oleh kerana saya disokong oleh kedua-dua pihak, masa untuk saya letak jawatan belum tiba,” ujarnya.

Selain itu, Tun Dr Mahathir berkata beliau meminta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk memberi masa kepadanya.

“Tetapi parti saya Bersatu memutuskan untuk keluar dari Pakatan Harapan. Ada juga ahli dari parti komponen lain yang akan keluar. Dengan perlakuan ini kerajaan Pakatan Harapan akan gugur,

“Kesannya jika Bersatu sokong PAS dan UMNO maka parti-parti yang kalahlah yang akan diri kerajaan. Kerajaan ini akan didominasi oleh UMNO sebagai parti yang terbesar,” katanya.

Menurutnya lagi, beliau sanggup menerima ahli UMNO yang keluar dan menyertai parti lain, tetapi UMNO akan sertai kerajaan campuran ini sebagai parti UMNO.

“Ini tidak dapat diterima oleh saya. Maka terpaksalah saya letak jawatan,

“Sebagai manusia biasa saya tidak sunyi dari melaku kesilapan. Saya pohon maaf jika peletakan jawatan oleh saya adalah salah,” tegasnya.

Beliau juga berkata ada banyak sebab mengapa meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

“Tetapi cukuplah saya katakan bahawa saya merasa kononnya mendapat sokongan dari semua pihak sehingga saya tidak dapat memilih pihak mana yang saya pilih,” katanya.

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply