Home Politik Tun Mahathir jumpa ketua pemimpin parti politik di Putrajaya

Tun Mahathir jumpa ketua pemimpin parti politik di Putrajaya

by Nurulhuda

PUTRAJAYA, 25 Feb – Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua parti politik di Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini.

PMO dalam satu kenyataannya hari ini, berkata antara yang hadir ialah Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS); Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu.

“Dr Mahathir juga turut mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali,

“Esok, Tun Mahathir  dijangka bertemu Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal,” tambah kenyataan itu.

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memulakan tugas sebagai Perdana Menteri interim setelah meletakan jawatannya dan surat telah dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong pada 1.00 tengah hari semalam.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply