Home Politik BN, PAS dan PBRS sepakat mohon Agong bubar Parlimen

BN, PAS dan PBRS sepakat mohon Agong bubar Parlimen

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 25 Feb – Barisan Nasional (BN), PAS dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) bersepakat memohon Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk membubarkan Parlimen bagi memberikan mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan baharu.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata syor tersebut telah disampaikan kepada Yang di-Pertuan Agong semasa menghadap baginda hari ini.

“Syor berkenaan dikemukakan selepas UMNO, PAS, MCA, MIC dan PBRS mengadakan pertemuan sebelum menghadap Yang di-Pertuan Agong petang tadi.

“Maka setelah parti berbincang kita merasakan tidak boleh menyembunyikan daripada pengetahuan rakyat dan orang ramai,

“Sidang media ini diadakan, supaya tidak lagi timbul teka-teki dan telahan-telahan yang negatif kepada parti kami,

“Lalu pendirian kita adalah dalam situasi seperti ini mandat haruslah dikembalikan kepada rakyat dan kita memohon supaya Parlimen dibubarkan dan biarlah rakyat yang menentukan,” kata Annuar dalam sidang media di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebentar tadi.

Related Articles

Leave a Reply