Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tun Mahathir tiba di Istana Negara – Air Times News Network
Home Semasa Tun Mahathir tiba di Istana Negara

Tun Mahathir tiba di Istana Negara

by Bernama

KUALA LUMPUR, 24 Feb – Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Istana Negara dipercayai bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.

Dr Mahathir tiba pada 4.45 petang menaiki kenderaan Proton Perdana diiringi oleh polis pengiring.

Dr Mahathir hari ini membuat kejutan meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Perkembangan tersebut merupakan rentetan beberapa pemimpin daripada Bersatu, PKR, UMNO, PAS, Gabungan Parti Sarawak dan Warisan yang masing-masing mengadakan mesyuarat secara berasingan di ibu negara dan Petaling Jaya semalam.

Ia kemudian diikuti dengan beberapa pemimpin utama pelbagai parti politik kerajaan dan pembangkang hadir dalam satu mesyuarat khas dan tertutup di sebuah hotel di Petaling Jaya, sehingga mencetuskan tanda tanya tentang tujuan mesyuarat itu diadakan.

Timbul spekulasi bahawa semua mesyuarat yang berlangsung semalam ada kaitan dengan pengaturan semula landskap politik negara. – Bernama

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?