PETALING JAYA, 23 Feb – Timbalan Presiden PKR, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dijangka akan membuat pengumuman mengenai masa depannya dalam PKR sebentar lagi.
Sehingga jam 6 petang, media masih menunggu sekiranya ada sebarang sidang media tergempar di Hotel Sheraton, Petaling Jaya.
Difahamkan mesyuarat tertutup ini melibatkan Mohamed Azmin, Zuraida dan beberapa pimpinan lain yang bermula kira-kira jam 8 pagi.
Bagaimanapun, media yang menunggu tidak diberikan maklumat terperinci mengenai mesyuarat tertutup berkenaan.
Sebelum ini, media tempatan melaporkan akan ada pengumuman besar dibuat Mohamed Azmin dan Zuraida.

Media masih menunggu jika ada sebarang sidang media tergempar di Hotel Sheraton, Petaling Jaya.
Sekitar jam 4.30 petang, Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah dan Chua Tian Chang tiba di hotel berkenaan tetapi enggan mengulas mengenai mesyuarat tertutup itu.
Dalam masa yang sama, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga turut dijangka menyertai mesyuarat khas bersama Azmin dan akan mengadakan sidang media bila-bila masa sahaja. Malah Dr Mahathir juga dikatakan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.