PUTRAJAYA, 22 Feb – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan keputusan peralihan kuasa adalah terletak pada tangannya.
“Peralihan kuasa hanya berlaku selepas Sidang Kemuncak Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC),
“Selepas APEC, terpulang kepada saya untuk lepaskan jawatan atau tidak,” jelas Perdana Menteri semasa sidang media Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Yayasan Kepimpinan Perdana, tengah malam tadi.
Beliau menegaskan keputusan itu telah dipersetujui oleh kesemua pemimpin PH.
“Akhirnya, saya berasa bangga kerana semuanya telah diserahkan kepada saya. Apa yang saya kata, mereka akan turut,
“Keputusan adalah dipersetujui oleh semua pihak,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Tun M menolak berlakunya perbincangan rombakan kabinet dalam mesyuarat itu. Beliau berkata, mesyuarat antara pemimpin PH turut menyentuh isu Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak yang akan berlangsung tidak lama lagi.
“Kita juga bincang PRN Sarawak dan akan tentukan calon-calon agar tiada berlaku pertembungan antara parti komponen,” katanya.
PENAFIAN:
Air Times News Network tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.