Home Semasa Terima kasih Peguam Negara bebaskan 12 individu berkait LTTE

Terima kasih Peguam Negara bebaskan 12 individu berkait LTTE

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 22 Feb – Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Profesor Dr P. Ramasamy mengalu-alukan keputusan Peguam Negara untuk menghentikan prosiding 12 individu berkait LTTE, semalam.

Ramasamy dalam satu kenyataan berkata, langkah itu merupakan khabar baik kepada kesemua 12 individu berserta ahli keluarga mereka.

“Ini merupakan satu khabar baik kepada semua 12 individu dan ahli keluarga yang telah menunggu dengan sabar akan pembebasan mereka,

“Keputusan ini juga mungkin satu kelegaan kepada mereka yang tidak bersalah sedang ditahan di Sungai Buloh,” kata Ramasamy dalam akaun media sosial rasminya.

Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Peguam Negara, Tommy Thomas kerana mengambil inisiatif untuk menarik balik pendakwaan.

Semalam, Peguam Negara telah memutuskan untuk menghentikan prosiding terhadap 12 individu berkait LTTE dengan serta-merta.

PENAFIAN:
Air Times News Network tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Related Articles

Leave a Reply