Home Semasa COVID-19 bunuh 2,004 pesakit di China

COVID-19 bunuh 2,004 pesakit di China

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 19 Feb – Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China (NHC) hari ini mengesahkan sebanyak 2,004 kes kematian akibat wabak Coronavirus-2019 (COVID-19) telah dicatatkan di negara itu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini, NHC menyatakan setakat pukul 12 tengah malam tadi, COVID-19 telah menjangkiti seramai 74,185 orang dengan 1693 kes terbaharu di wilayah Hubei.

Statistik yang dikeluarkan turut menyatakan seramai 14,376 pesakit telah pulih.

Related Articles

Leave a Reply