Home Semasa COVID-19: 2 pesakit tempatan dibenarkan pulang

COVID-19: 2 pesakit tempatan dibenarkan pulang

by Nurulhuda

PUTRAJAYA, 19 Feb – Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini mengesahkan 2 rakyat Malaysia yang sebelum ini dilaporkan positif COVID-19 telah dibenarkan pulang.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kedua-dua individu tersebut dibenarkan pulang selepas menjalani dua ujian saringan ulangan dan mendapat keputusan negatif.

“Dua kes tersebut melibatkan seorang wanita tempatan berumur 65 tahun iaitu kontak rapat kepada lelaki tempatan pertama yang disahkan positif wabak berkenaan pada 9 Februari lalu,

“Manakala seorang lagi yang dibenarkan pulang ialah seorang lelaki tempatan berumur 31 tahun pernah bekerja di Macau, China,” kata Dr Dzulkefly dalam satu kenyataannya hari ini.

Sehubungan itu, Dr Dzulkefly menjelaskan jumlah kes yang telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan keluar dari wad sehingga hari ini adalah 15 kes.

“Manakala jumlah kumulatif kes COVID-19 yang dilaporkan sehingga hari ini kekal sebanyak 22 kes dengan hanya 7 kes masih dirawat di wad,” jelas kenyataan itu.

 

Related Articles

Leave a Reply