Home Semasa COVID-19: Dua rakyat Malaysia positif dan sedang dirawat di Jepun – KP Kesihatan

COVID-19: Dua rakyat Malaysia positif dan sedang dirawat di Jepun – KP Kesihatan

by Bernama

KUALA LUMPUR, 18 Feb – Dua rakyat Malaysia di atas kapal Diamond Princess, yang berlabuh dan sedang dikuarantin di Pelabuhan Yokohama, Jepun, disahkan positif COVID-19 dan sedang dirawat di negara tersebut.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi catatan di Facebook rasmi miliknya hari ini berkata, selain itu terdapat dua lagi rakyat Malaysia yang masih menunggu keputusan ujian COVID-19.

“Kapal persiaran Diamond Princess yang sedang dikuarantin, mencatatkan kes kluster terbesar di luar China dengan lebih 400 orang yang diuji disahkan positif.

“Terdapat dua rakyat Malaysia yang disahkan positif COVID-19 dan dua lagi masih menunggu keputusan ujian COVID-19 di atas kapal tersebut. Kedua-dua mereka yang positif sedang dirawat di Jepun,” menurut catatan itu.

Semalam, media melaporkan sebanyak 455 penumpang kapal itu disahkan positif COVID-19 sehingga kini. – Bernama

 

 

Related Articles

Leave a Reply