Home SemasaGlobal Akibat tergoda dengan wanita cantik, habis rahsia tentera terbongkar

Akibat tergoda dengan wanita cantik, habis rahsia tentera terbongkar

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 17 Feb – Ratusan telefon pintar milik tentera Israel dipercayai telah digodam oleh Hamas dengan menggunakan identiti wanita cantik melalui akaun media sosial palsu.

Kementerian Pertahanan Israel dalam satu kenyataan berkata, operasi yang dilancarkan oleh Hamas bertujuan mengumpul maklumat identiti dan data anggota tentera Israel.

“Hamas telah mencipta 6 akaun media sosial palsu yang kononnya dimiliki wanita cantik dan memperdaya anggota tentera Israel untuk memuat turun aplikasi hasad,

“Semasa berinteraksi dengan sasaran, pemilik akaun telah meminta anggota tentera yang menjadi mangsa untuk memuat turun beberapa aplikasi kononnya bertujuan untuk menghantar gambar peribadi kepada mereka,” kata kenyataan itu.

Difahamkan, Hamas telah menggunakan beberapa platform media sosial seperti Instagram, Facebook, Twitter serta aplikasi pesanan Telegram dengan memaparkan gambar keenam-enam wanita berkenaan.

“Aplikasi yang dimuat turut oleh mangsa telah digunakan oleh Hamas untuk mengambil gambar pemilik telefon pintar dan memuat turun beberapa data seperti senarai emel serta no telefon,

“Pada masa yang sama, aplikasi tersebut turut mengaktifkan GPS dan memuat turun fail serta data dari telefon pintar mangsa,” jelas kenyataan itu.

3 aplikasi telah dikenalpasti oleh pihak Israel yang mengandungi perisian hasad iaitu ZatuApp, Grixy App dan Catch and See. Selain daripada itu, pihak Israel turut mengeluarkan enam gambar wanita yang telah digunakan oleh Hamas dalam serangan itu.

GrixxyApp antara perisian dicemari dengan kod hasad yang digunakan oleh Hamas untuk menggodam telefon pintar milik anggota tentera Israel.

Israel telah melancarkan serangan balas dengan menyekat aktiviti tersebut melalui Operation Rebound. Operasi tersebut dilaksanakan dengan kerjasama agensi keselamatan Israel.

Menurut Kementerian Pertahanan Israel, kejadian ini merupakan kali ketiga berlaku semenjak Hamas melancarkan operasi yang sama pada tahun 2017 dan 2019.

Hanya bermodalkan gambar wanita cantik, Hamas mencipta akaun palsu di media sosial dan menjadikan askar Israel sebagai sasaran,

Related Articles

Leave a Reply