Home Pertahanan dan Keselamatan My Hero Charity Run 2020 sasar tambah dana Kutipan Tabung Pahlawan

My Hero Charity Run 2020 sasar tambah dana Kutipan Tabung Pahlawan

by Nurulhuda

Kuala Lumpur, 16 Feb – Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) telah menganjurkan program larian My Veteran My Hero Charity Run 2020 bertempat di Parkir C, Stadium Bukit Jalil, disini hari ini.

Matlamat program ini adalah sejajar dengan objektif utama Kempen Tabung Pahlawan iaitu bagi menambah dana untuk dimanfaatkan kepada Veteran ATM.

“Kutipan tabung ini turut dimanfaatkan kepada golongan Veteran Kelainan Upaya (VKU), bantuan khas kepada balu dan anak-anak dalam kategori OKU serta bantuan kebajikan lain,” jelas Kementerian Pertahanan dalam kenyataan hari ini.

Menurut Kementerian Pertahanan, acara pelepasan bagi kategori larian 19.33 km telah dilaksanakan oleh Ketua Pengarah JHEV ATM, Mejar Jeneral Dato’ Dzulkarnain Ahmad, manakala acara-acara lain merangkumi jarak 1 kilometer, 5 kilometer dan 10 kilometer telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong.

“Bagi acara penyampaian hadiah kepada para pemenang pula telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Muez Abd Aziz,” tambah kenyataan itu.

Turut hadir, Panglima Angkata Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM serta pengurusan tertinggi Kementerian Pertahanan.

Related Articles

Leave a Reply