Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tentera Malaysia, Indonesia perkukuh kawalan keselamatan sempadan Sarawak-Kalimantan

Tentera Malaysia, Indonesia perkukuh kawalan keselamatan sempadan Sarawak-Kalimantan

by Nurulhuda

KUCHING, 14 Feb – Kawalan keselamatan di sempadan Sarawak dan Kalimantan dipertingkatkan melalui kerjasama bilateral diantara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentara Nasional Indonesia -Angkatan Darat (TNI-AD).

Tentera Darat dalam satu kenyataannya berkata hubungan bilateral itu terus dipertingkat dengan rondaan kawalan bersama Patroli Terkoordinasi (PATKOR) Malaysia-Indonesia bagi membanteras aktiviti yang melanggar undang-undang di sempadan kedua-dua negara.

Rondaan bersama di sempadan ini dilaksanakan antara Batalion Ketiga Belas Rejimen Askar Melayu Diraja (13 RAMD) dengan Batalion Infantri Yonif Raider 133/Yudha Sakti pada 3 hingga 12 Februari yang lalu.

“Antara aktiviti yang melanggar undang-undang ialah seperti penyeludupan barangan terkawal, pembalakan haram, kemasukan pendatang asing tanpa izin, kegiatan jenayah rentas sempadan dan lain-lain aktiviti yang boleh menganggu gugat keamanan serta keselamatan kedua-dua negara,

“Program bilateral yang berlangsung selama 10 hari ini turut melibatkan aktiviti bersama seperti bersukan serta program jiwa murni bersama penduduk setempat.

Selain daripada mengekalkan kestabilan dan keamanan, aktiviti ini turut meningkatkan kesefahaman dan mengukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua buah negara.

Turut hadir Ketua Staf Markas 3 Briged, Lt Kol Salleh Mohamad dan rakan sejawatnya Kol Inf Marzuki, Kasrem Korem 121/ABW.

 

 

Related Articles

Leave a Reply