Home Teknologi Pertahanan Tembak jatuh dron dengan menggunakan laser

Tembak jatuh dron dengan menggunakan laser

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 13 Feb – Syarikat pertahanan Israel, Rafael telah memperkenalkan sistem pertahanan baharu bagi mengekang ancaman UAV berskala kecil.

Sistem persenjataan yang dikenali Drone Dome menggunakan pancaran laser untuk menembak jatuh dron.

Menurut Rafael, Drone Dome berupaya untuk menembak jatuh UAV berskala kecil.

“Produk baharu ini mampu untuk mengesan, mengenalpasti dan memusnahkan pelbagai dron berskala mikro serta mini,” kata Rafael.

Dron berskala kecil yang dikesan oleh sistem Drone Dome.

Drone Dome berupaya untuk mengesan sasaran sebesar 2 cm (kira-kira satu inci) pada jarak 3.5 kilometer. Sistem ini mempunyai pilihan untuk mengambil alih kawalan dron (soft kill) atau menembak jatuh dron (hard kill).

Sistem ini dibangunkan bagi mengekang ancaman dron bersaiz kecil yang dilihat berpotensi menganggu penerbangan dan operasi lapangan terbang.

Walaupun begitu, keupayaan sistem ini untuk menembak jatuh dron bersaiz lebih besar belum diketahui.

Galeri gambar:

Related Articles

Leave a Reply