Home SemasaGlobal Gagal bendung krisis COVID-19, China pecat pegawai perubatan Hubei

Gagal bendung krisis COVID-19, China pecat pegawai perubatan Hubei

by M.Daim

BEIJING, 12 Feb – Kerajaan China telah mengambil tindakan tegas terhadap dua pegawai tinggi perubatan di Hubei berikutan kegagalan mereka dalam menangani COVID-19.

Ketua Parti Komunis Suruhanjaya Kesihatan, Zhang Jin dan Pengarahnya, Liu Yingzi dipecat daripada jawatan mereka oleh jawatankuasa parti wilayah Hubei.

Jawatan yang dikosongkan oleh Zhang dan Liu diambil alih oleh pegawai yang dilantik oleh Beijing.

Menurut media China, tindakan itu menggambarkan tahap kesabaran Beijing yang kian tercabar berikutan kegagalan COVID-19 dibendung pada peringkat awal.

Penularan wabak COVID-19 yang mula dikesan oleh sekumpulan doktor di Hubei dan memberi amaran kepada pihak berkuasa tempatan serta media sosial berhubung penularan wabak itu. Namun, kumpulan doktor terbabit telah ditahan oleh pihak polis atas tuduhan menimbulkan kekacauan dan menyebarkan berita palsu.

Kematian Li Wenliang, salah seorang daripada kumpulan doktor terbabit telah menimbulkan kemarahan di kalangan penduduk China berhubung penangkapan itu.

Selain memecat dua pegawai tinggi, Beijing turut menghantar satu pasukan dari Suruhanjaya Penyeliaan Kebangsaan China bagi menyiasat kes berkaitan dengan Li Wenliang.

Krisis COVID-19 turut membawa kepada pendedahan oleh Datuk Bandar Wuhan, Zhou Xianwang yang menyatakan penularan wabak itu berpunca dari kegagalan dalam menguruskan krisis pada peringkat awal.

Beliau turut mendedahkan seramai 5 juta penduduk Wuhan telah meninggalkan bandar itu sebelum ditutup oleh kerajaan China bagi membendung penularan COVID-19.

Related Articles

Leave a Reply