Home Politik Wakil rakyat DAP hilang kelayakan ADUN kerana status dwi kerakyatan

Wakil rakyat DAP hilang kelayakan ADUN kerana status dwi kerakyatan

by M.Daim

MIRI, 11 Feb – Dr Ting Tiong Choon dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) telah hilang kelayakan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan di Putrajaya terhadap tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) berhubung dua kerakyatannya.

Keputusan oleh Mahkamah Persekutuan pada hari ini sekaligus menolak keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi Kuching mengembalikan semula kedudukan Dr Ting sebagai Ahli DUN Pujut.

Dalam keputusan penghakiman majoriti tujuh lawan dua, Mahkamah Persekutuan mendapati DUN mempunyai kuasa untuk membatalkan kelayakan Ting sebagai ahli kerana mempunyai dua kewarganegaraan meskipun beliau melepaskannya sebelum bertanding dalam pilihan raya negeri yang lalu.

Pada 12 Mei 2019, DUN Sarawak telah melucutkan kelayakan Dr Ting sebagai ADUN Pujut selepas usul dibentangkan dalam satu persidangan DUN.

Dr Ting memenangi kerusi DUN Pujut pada Pilihan Raya Negeri Sarawak pada tahun 2016.

Related Articles

Leave a Reply