Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara TUDM pamer pesawat Sukhoi dan A400M di Singapore Air Show 2020

TUDM pamer pesawat Sukhoi dan A400M di Singapore Air Show 2020

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 9 Feb – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menyertai Singapore Air Show 2020 (SA 20) yang bermula pada 11 Feb hingga 16 Feb 2020 di Singapura.

TUDM mengambil bahagian dalam pameran statik di Static Aircraft Display Area (SADA), Changi Exhibition Centre dengan mempamerkan pesawat pejuang Sukhoi (SU 30MKM) dan pesawat pengangkut Airbus A400M.

Menurut TUDM, sebagai rakan kerjasama dan hubungan diplomatik antarabangsa, Tentera Udara Republik Singapura (TURS) telah menjemput TUDM untuk menyertai Singapore Air Show 2020 (SA 20) bagi pameran statik .

“Seramai 7 orang pegawai dan 25 anggota lain-lain pangkat (LLP) terlibat di dalam pameran statik pesawat TUDM diketuai oleh Pengarah Doktrin Markas Tentera Udara – Bahagian Operasi Strategik, Kolonel Theodore Mohan Kumar Navaretnam TUDM selaku Ketua Delegasi; Pegawai Staf 1 Operasi Udara, Markas Pemerintahan dan Operasi Udara, Leftenan Kolonel Hasfa Nyzam Abdul Hamid TUDM sebagai Pegawai Koordinasi.

“Kumpulan Detasmen ini telah berlepas dari Pangkalan Udara Subang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura pada 9 Feb 2020 kira-kira jam 12.45 malam,” kata kenyataan itu.

Related Articles

Leave a Reply