Home SemasaGlobal Drama 18 jam amukan askar di Korat tamat, angka maut meningkat kepada 25 orang

Drama 18 jam amukan askar di Korat tamat, angka maut meningkat kepada 25 orang

by M.Daim

KORAT, 9 Feb –  Askar Thailand yang mengamuk di bandar Korat semenjak semalam telah ditembak mati oleh pasukan polis Thailand pada pagi tadi.

Timbalan Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul mengesahkan penyerang telah maut dalam pertempuran pada pagi tadi.

Jakra dipercayai bersembunyi di tingkat bawah tanah bangunan semasa kejadian.

Reuters melaporkan, pasukan pemusnah bom telah dihantar ke pusat membeli-belah Terminal 21 bagi mengesan bahan letupan atau jerangkap samar yang disyaki telah dipasang oleh Jakra.

Sementara itu, angka kematian akibat serangan secara sendirian oleh Jakra telah meningkat kepada 25 orang.

Bangkok Post memetik kenyataan Anutin berkata, seorang anggota polis yang terlibat dalam serbuan di Terminal 21 dilaporkan maut akibat ditembak oleh Jakra.

Kejadian bermula pada 3.30 petang (4.30 petang waktu Malaysia) apabila Jakra bertindak menembak mati komander dan dua orang lagi di Kem Surathampithak. Anggota terbati kemudian bertindak mencuri senjata api dan peluru serta sebuah kenderaan Humvee.

Jakra bertindak melepaskan tembakan rambang terhadap orang awam semasa dalam perjalanan ke Terminal 21. Di Terminal 21, Jakra telah melepaskan tembakan rambang dan mengambil keputusan untuk bersembunyi di tingkat bawah bangunan.

Jakra turut menyiarkan serangan yang dilakukannya secara langsung di Facebook.

Kerajaan Thailand telah menghantar pasukan khusus polis Thailand, ‘Hanuman’, bagi menjejak Jakra pada pukul 8.30 malam waktu tempatan. Polis kemudiannya berjaya menawan semula 4 tingkat dan membebaskan orang awama yang terperangkap kira-kira 3 jam kemudian.

Semasa operasi dijalankan, beberapa siri pertempuran tercetus di dalam pusat membeli-belah itu. Pertempuran tersebut turut mengakibatkan kematian seorang anggota pasukan khas.

Related Articles

Leave a Reply